Saturday, January 1, 2011

mari bermadah

bila mulut dibuka, ayat mula keluar beralun sambil menyampaikan sesuatu seolah olah sari kata bagi cerita korea.
'itulah. melayu pun boleh kaya apaa, duit halal aja' bila difikirkan, ada betulnya, ada salahnya. 'melayu memang boleh kaya, boleh jadi manager, non-executive, presiden. tapi jawatan tinggi ni bertapak kat kilang arak jenama carlsniken otw nak g shah alam tu'. haih. apa nak jadi. sedap tangan menaip, lagi sedap kalau mengutuk, lagi best kalau mengkritik.
'itulah. ikut suka hati kerajaan nak naikkan harga minyak, nak kata harga minyak serata dunia naik x pulak, mana entah pergi nya duit cukai duit saman, duit *service tax, gov tax tiap tiap kali aku makan kat pizza hut* hmm. bagaimana agaknya rasa menjadi kepala dalam negara? ketua dalam negeri? pengerusi sebuah parti? 'uishhh. kerajaan memang sayangkan rakyat laa, 2011 ni boleh beli handphone, dah murah. rumah dah boleh beli, baru sebulan kerja xpelah, boleh aja. ishh, boleh lah buat anak ramai ramai. cuti bersalin pun dah makin panjang, dah habis 90hari tau tau ada baby baru lagi dalam perut. boleh extend*
macam macam.
buat apa nak kisah hal negara? bukan nya dapat untung cerita hal naik turun harga, gaduh baik parti, kahwin cerai selebriti. aku ada hidup sendiri, masalah sendiri, kesenangan kemewahan kuasa sendiri. setiap orang ada hak keistimewaan masing masing. tak semua dapat keputusan cemerlang jadi lawyer satu hari nanti. tak semua yang layak jadi doktor dapat merawat orang sakit. semuanya jadi boleh bila ada kuasa, harta dan nama. bin dan binti kan sahaja nama diri dengan orang kaya raya, boleh aja beli Lamborghini, Hummer, Mustang untuk koleksi. nanti nak jumpa rakyat naik lah kereta gen-2. senang bagi diri berceloteh tentang apa yang terjadi sekeliling. tapi, bila hasil titik peluh datang dari diri sendiri, siapa nak percaya?
macam macam.
teringat zaman asasi, kawan dah macam famili. semua tempat nak g dengan kawan. makan karipap panas ngan kawan. ikan bakar dengan kawan, sata, kepok, pegi tc dengan kawan. jangan katakan kuantan, genting, gambang semua nak dengan kawan. sapa cakap kawan tak penting? penting gila. dah macam baju dan seluar untuk pelengkap kita di mata dunia. tapi, tak semua hargai kawan,bila sakit hati, yang jahat lah yang paling berseri. bila dah baik nanti, semua nak ambil hati. kadang kadang terfikir, betulkah tujuan aku berkawan? apakah kawan bagi aku, dan kamu?
'alaaa, mentang mentang dah kawan ngan orang bawak bas, terus taknak naik lori daa.' haihh. pernah terkena ayat macam tu. tiba tiba terdetik hati berbisik pada akal fikiran. 'psst. betul jugak kata orang itu. barulah aku naik lori ni, kalau x bas saja mainan aku'
*berteriak otak ku menjawab. HOIT. suka hati dia ajaa nak kutuk aku. kau tengok lah nanti, hidup juga aku sampai sekarang dengan berjalan kaki*
hmm. macam macam manusia aku jumpa pada zaman itu. pastinya aku bukan contoh terbaik bagi kanak kanak riang yang lain. jangan katakan budi pekerti, akhlak mulia pun mana entah pergi. ada tiba masanya, akan bertemu jua dengan hikmah setiap perbuatan yang kita lakukan. hanya masa penentu segala. bila duit tibanya tiada, duduk dalam bilik tak keluar pun tak apa. bila tiada siapapun jadi peneman, kain sejadah jadikan alas untuk sekujur badan. mana hikmah disebalik kejadian ini? Allah ada jawapannya.
tak akan ada cinta seabadi cinta dengan Nya. namun cinta sesama manusialah yang paling indah di mata. pernah sekali seorang lelaki bergelar ustaz mengeluarkan kata kata nya untuk santapan telinga.
'amat bodoh bagi sesiapa yang ber gf dan ber bf zaman zaman muda mudi. keluar dengan member sikit, makwe dah marah. lambat reply mesej, pakwe dah start enjin moto nak g rumah.' sedapnya mulut cakap orang kurang pandai. ingat lagi zaman tahun enam, sedap aja mulut membidas 'habis ustaz tau tak anak ustaz kat mana sekarang? padahal satu sekolah dengan kami, tak pergi pun ceramah ustaz ni'. sampai sekarang tak sempat nak minta maaf kat dia. masa tu mulut dah ada ciri ciri peguam. born to be lah katakan.*alaa. gelarannya sahaja sebegitu, dia juga seorang ayah, manusia yang membuat silap, salah langkah.
hmm. macam macam.
'kau masuk mana? dapat course apa?'
'wei, aku tak dapat mana mana laa. aku tak apply pon, pihak uni aku cakap.'
'tak tau lagi laa, jurusan ape ntah dia bg kat aku. padahal aku layak je dapat jurusan perakaunan.'
'tengah serabut laa, nak masuk ni takut keluar nanti xde kerja, masuk ni nanti tempat penuh ngan hal hal sosial, masuk ni pulak duit nak cari mana'
berminggu aku penat menggoreng, masak, rebus, dan tanak fikiran tentang pengambilan jurusan sarjana muda. kawan lain dah daftar, aku? tempat belajar pun tak ada. haih. nasib nasib. kawan kawan dah boleh enjoy, lepak, borak ngan teman seperjuangan, serapat, serelationship, call sampai pagi buta, ym sambil skype sampai tertidur tidur, aku pagi petang siang malam, call no 03 278896, 03 456896975, 03 87646722*bukan nombor sebenar* nak cari institut mana yang menerima ketidakpandaian aku menuntut ilmu.
macam macam. :)

No comments:

Post a Comment